WAKAF
A.ARTI WAKAF
Wakaf (bahasa Arab: وقف) adalah perbuatan yang dilakukan
wakif (pihak yang melakukan wakaf) untuk menyerahkan sebagian atau keseluruhan
harta benda yang dimilikinya untuk kepentingan ibadah dan kesejahteraan
masyarakat untuk selama-lamanya.
B.OBJEK WAKAF
Objek
wakaf yang dapat diwakafkan adalah benda bergerak maupun benda tidak bergerak
yang dimiliki secaratidak bergerak dapat dalam bentuk tanah,
hak milik atas rumah,
atau hak milik atas rumah susun.
Sementara untuk objek wakaf benda bergerak dapat dengan bentuk uang.[1]
Terminologi
wakaf berasal daripada perkataan Arab “waqafa” yang bermaksud berhenti, menegah
dan menahan. Dari segi istilah, wakaf telah diberikan beberapa takrif seperti:
1.
Syed Sabiq (Fiqh al-Sunnah) – Wakaf
ialah menahan harta dan memberikan manfaatnya pada jalan Allah.
2.
Sahiban Abu Hanifah; Abu Yusuf dan
Muhammad bin Hassan – Wakaf ialah menahan ‘ain mawquf (benda) sebagai milik
Allah atau pada hukum milik Allah dan mensedekahkan manfaatnya ke arah
kebajikan dari mula hingga akhirnya.
3.
Dr. Muhammad Al-Ahmad Abu Al-Nur,
bekas Menteri Wakaf Mesir – Wakaf ialah harta atau hartanah yang ditahan oleh
pemiliknya sekira-kira dapat menghalang penggunaannya dengan dijual atau dibeli
ataupun diberikan sebagai pemberian dengan syarat dibelanjakan faedahnya atau
keuntungannya atau hasil mahsulnya kepada orang yang ditentukan oleh pewakaf.
Takrif-takrif
di atas telah menunjukkan kedudukan wakaf sebagai sebahagian daripada amalan
yang dianjurkan oleh Syariahsebagaimana
firman Allah SWT:
“
Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah
seperti biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, dan tiap-tipa tangkai itu
pula terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi setiap yang dia
kehendaki dan Allah Mahaluas (Karunianya) lagi Maha Mengetahui”
Daripada
Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“ Apabila
mati anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah
(wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendo’akan kepadanya.”
Istilah
wakaf adalah berkait dengan infaq, zakat dan sedeqah. Ia adalah termasuk dalam
mafhum infaq yang disebut oleh Allah sebanyak 60 kali dalam al-Quran.
Ketiga-tiga perkara ini bermaksud memindahkan sebahagian daripada segolongan
umat Islam kepada mereka yang memerlukan. Namun, berbanding zakat yang
diwajibkan ke atas umat Islam yang
memenuhi syarat-syarat tertentu dan sedeqah yang menjadi sunat yang umum ke
atas umat Islam; wakaf lebih bersifat pelengkap (complement) kepada
kedua-dua perkara tersebut. Disamping itu, apa yang disumbangkan melalui zakat
adalah tidak kekal dimana sumbangannya akan digunakan dalam bentuk hangus,
sedangkan harta wakaf adalah berbentuk produktif iaitu kekal dan boleh
dilaburkan dalam pelbagai bentuk untuk faedah masa hadapan.
C.RUKUN WAKAF
- Rukun Wakaf Ada empat rukun yang mesti dipenuhi dalam berwakaf.
- Pertama, orang yang berwakaf (al-waqif).
- Kedua, benda yang diwakafkan (al-mauquf).
- Ketiga, orang yang menerima manfaat wakaf (al-mauquf 'alaihi).
5. Keempat,
lafadz atau ikrar wakaf (sighah).
D.SYARAT WAKAF
§ Syarat-syarat
orang yang berwakaf (al-waqif) Syarat-syarat al-waqif ada empat, pertama orang
yang berwakaf ini mestilah memiliki secara penuh harta itu, artinya dia merdeka
untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki. Kedua dia mestilah
orang yang berakal, tak sah wakaf orang bodoh, orang gila, atau orang yang
sedang mabuk. Ketiga dia mestilah baligh. Dan keempat dia mestilah orang yang
mampu bertindak secara hukum (rasyid). Implikasinya orang bodoh, orang yang
sedang muflis dan orang lemah ingatan tidak sah mewakafkan hartanya.
§ Syarat-syarat
harta yang diwakafkan (al-mauquf) Harta yang diwakafkan itu tidak sah dipindahmilikkan,
kecuali apabila ia memenuhi beberapa persyaratan yang ditentukan oleh ah;
pertama barang yang diwakafkan itu mestilah barang yang berharga Kedua, harta
yang diwakafkan itu mestilah diketahui kadarnya. Jadi apabila harta itu tidak
diketahui jumlahnya (majhul), maka pengalihan milik pada ketika itu tidak sah.
Ketiga, harta yang diwakafkan itu pasti dimiliki oleh orang yang berwakaf
(wakif). Keempat, harta itu mestilah berdiri sendiri, tidak melekat kepada
harta lain (mufarrazan) atau disebut juga dengan istilah (ghaira shai').
§ Syarat-syarat
orang yang menerima manfaat wakaf (al-mauquf alaih) Dari segi klasifikasinya
orang yang menerima wakaf ini ada dua macam, pertama tertentu (mu'ayyan) dan
tidak tertentu (ghaira mu'ayyan). Yang dimasudkan dengan tertentu ialah, jelas
orang yang menerima wakaf itu, apakah seorang, dua orang atau satu kumpulan
yang semuanya tertentu dan tidak boleh dirubah. Sedangkan yang tidak tentu
maksudnya tempat berwakaf itu tidak ditentukan secara terperinci, umpamanya
seseorang sesorang untuk orang fakir, miskin, tempat ibadah, dll. Persyaratan
bagi orang yang menerima wakaf tertentu ini (al-mawquf mu'ayyan) bahwa ia
mestilah orang yang boleh untuk memiliki harta (ahlan li al-tamlik), Maka orang
muslim, merdeka dan kafir zimmi yang memenuhi syarat ini boleh memiliki harta
wakaf. Adapun orang bodoh, hamba sahaya, dan orang gila tidak sah menerima
wakaf. Syarat-syarat yang berkaitan dengan ghaira mu'ayyan; pertama ialah bahwa
yang akan menerima wakaf itu mestilah dapat menjadikan wakaf itu untuk kebaikan
yang dengannya dapat mendekatkan diri kepada Allah. Dan wakaf ini hanya
ditujukan untuk kepentingan Islam saja.
§ Syarat-syarat
Shigah Berkaitan dengan isi ucapan (sighah) perlu ada beberapa syarat. Pertama,
ucapan itu mestilah mengandungi kata-kata yang menunjukKan kekalnya (ta'bid).
Tidak sah wakaf kalau ucapan dengan batas waktu tertentu. Kedua, ucapan itu
dapat direalisasikan segera (tanjiz), tanpa disangkutkan atau digantungkan
kepada syarat tertentu. Ketiga, ucapan itu bersifat pasti. Keempat, ucapan itu
tidak diikuti oleh syarat yang membatalkan. Apabila semua persyaratan diatas
dapat terpenuhi maka penguasaan atas tanah wakaf bagi penerima wakaf adalah
sah. Pewakaf tidak dapat lagi menarik balik pemilikan harta itu telah berpindah
kepada Allah dan penguasaan harta tersebut adalah orang yang menerima wakaf
secara umum ia dianggap pemiliknya tapi bersifat ghaira tammah.
E.SEJARAH WAKAF
Rasulullah
SAW merupakan perintis kepada amalan wakaf berdasarkan hadis yang diriwayatkan
oleh ‘Umar bin Syaibah daripada ‘Amr bin Sa’ad bin Mu’az yang bermaksud:
“ Kami
bertanya tentang wakaf yang terawal dalam Isalm? Orang-orang Ansar mengatakan
adalah wakaf Rasulullah SAW.”
Orang Jahiliyyah tidak mengenali akad wakaf yang merupakan sebahagian daripada akad-akad tabarru’, lalu Rasulullah SAW memperkenalkannya kerana beberapa ciri istimewa yang tidak wujud pada akad-akad sedekah yang lain. Institusi terawal yang diwakafkan oleh Rasulullah SAW ialah Masjid Quba’ yang diasaskan sendiri oleh Baginda SAW apabila tiba di Madinah pada 622M atas dasar ketaqwaan kepada Allah SWT. Ini diikuti pula dengan wakaf Masjid Nabawi enam bulan selepas pembinaan Masjid Quba’. Diriwayatkan bahawa Baginda SAW membeli tanah bagi pembinaan masjid tersebut daripada dua saudara yatim piatu iaitu Sahl dan Suhail dengan harga 100 dirham. Pandangan masyhur menyatakan individu pertama yang mengeluarkan harta untuk diwakafkan adalah Saidina ‘Umar RA dengan mewakafkan 100 bahagian daripada tanah Khaibar kepada umat Islam. Anaknya Abdullah bin ‘Umar RA menyatakan bahawa ayahnya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Rasulullah SAW untuk meminta pandangan tentang tanah itu, maka katanya:
“ Wahai
Rasulullah, sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di khaibar, dimana aku
tidak mendapat harta yang lebih berharga bagikuselain daripadanya, ( walhal aku
bercita-cita untuk mendampingi diri kepada Allah) apakah yang engkau
perintahkan kepadaku dengannya?”
Maka sabda
Rasulullah SAW:
“ Jika
engkau hendak, tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.” “Maka
‘Umar telah mewakafkan hasil tanahnya itu, sesungguhnya tanah itu tidak boleh
dijual, tidak boleh dihibah (diberi) dan diwarisi kepada sesiapa.’” Ktanya
lagi: “’ Umar telah menyedekahkannya kepada orang-orang fakir, kaum kerabat,
hamba yang baru merdeka, pejuang-pejuang dijalan Allah, ibn sabil dan para
tetamu. Tidaklah berdosasesiapa yang menyelia tanah wakaf itu memakan sebagian
hasilnyasekedar yanf patut, boleh juga ia member makan kawan-kawannya, tetapi
tidaklah boleh ia memilikinya.”
Sejak itu
amalan wakaf berkembang sehingga menjadi tulang belakang kepada menjadi teras
kepada pembangunan umat Islam terdahulu dan berkekalan sehingga ke hari ini.
Banyak institusi pendidikan seperti Universiti Cordova di Andalus, Al-Azhar
al-Syarif di Mesir, Madrasah Nizamiyyah di Baghdad, al-Qurawiyyin di Fez,
Maghribi, Al-Jamiah al-Islamiyyah di Madinah, Pondok Pesantren Darunnajah di
Indonesia, Madrasah Al-Juneid di Singapura dan banyak institusi pondok dan
sekolah agama di Malaysia adalah berkembang berasaskan harta wakaf. Universiti
Al-Azhar contohnya telah membangun dan terus maju hasil sumbangan harta wakaf.
Sehingga kini pembiayaan Univesiti Al-Azhar yang dibina sejak 1000 tahun lalu
telah memberikan khidmat percuma pengajian kepada ribuam pelajar Islam dari
seluruh dunia. Merekalah yang menjadi duta Al-Azhar untuk membimbing umat Islam
kearah penghayatan Islam di seluruh pelusuk dunia.
F.KEISTIMEWAAN
Harta
wakaf dalam dioperasikan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi umat Islam
kerana ia memiliki beberapa ciri berikut:
1.
Keunikan wakaf pada konsep pemisahan
di antara hak pemilikan dan faedah penggunaannya. Pewakafan harta menyebabkan
kuasa pemilikan hartanya akan terhapus daripada harta tersebut. Wakaf secara
prinsipnya adalah satu kontrak berkekalan dan pewakaf tidak boleh lagi memiliki
harta itu dengan apa jua sekalipun, kecuali sebagai pengurus harta wakaf.
Secara majazinya harta wakaf adalah menjadi milik Allah Taala.
2.
Wakaf adalah sedekah berterusan
iaitu bukan sahaja membolehkan pewakaf mendapat pahala berterusan, tetapi
penerima mendapat faedah berterusan. Dengan itu pihak yang bergantung wakaf
boleh mengatur perancangan kewangan institusinya dengan berkesan untuk jangka
panjang. Disamping itu pihak pewakaf tidak perlu bimbang mungkin berlaku
sabotaj seperti pengubahan status wakaf tanahnya oleh pemerintah kerana kaedah
fiqh menyatakan: “Syarat pewakaf adalah seperti nas Syara’.”
3.
Penggunaan harta wakaf adalah untuk
kebajikan dan perkara-perkara yang diharuskan oleh Syara’. Oleh tidak
diwajibkan menentukan golongan yang mendapat manfaat daripada wakaf dan memadai
menyebutkan: “Saya wakafkan harta ini kerana Allah.” Ciri ini membolehkan
pengembangan harta wakaf kepada pelbagai bentuk moden selagimana ia menepati objektif
wakaf.
0 komentar:
Posting Komentar